SOALAN LAZIM

ANDA ADA PERSOALAN/PERTANYAAN, KAMI SEDIA MENJAWAB


Q : Adakah produk Zarraz Halal?
ZARRAZ : Ya, kesemua produk Zarraz mendapat pengiktirafan daripada sijil Halal dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Q : Produk Zarraz ini berasal daripada mana dan diperbuat daripada bahan apa?
ZARRAZ : Produk Zarraz merupakan produk dari Malaysia yang dihasilkan dengan ciptaan sendiri atas usahasama saintis, doktor dan pakar kecantikan. ia bukan produk yang di 'branding'. Bahan-bahan produk Zarraz ini menggunakan khasiat daripada tumbuh-tumbuhan, bungaan dan buah-buahan. Dan ia 100% selamat digunakan. Ia tanpa bahan kimia.

Q : Mengapa ia disebut sebagai "PARAMEDICAL"
ZARRAZ : Paramedical bermaksud produk Zarraz merupakan produk separa perubatan. Ia bukanlah produk penjagaan kulit wajah dan badan yang biasa. Ia merupakan gabungan alternatif kecantikan iaitu Ayurveda, Homeopati dan Anti-Penuaan. Produk Zarraz merupakan produk rawatan yang digunakan khas di salon untuk merawat kulit yang bermasalah dan produk awek muda.

Q: Siapakah yang boleh memakai produk Zarraz ini?
ZARRAZ : Daripada umur seawal bayi sehingga warga emas boleh memakainya, tidak kira jantina lelaki mahupun perempuan. 

Q : Ada atau tidak kesan sampingan apabila memakai produk penjagaan wajah Zarraz?
ZARRAZ : Tiada kesan sampingan. Malahan kulit semakin lama semakin sihat, cantik dan bersinar semulajadi. Namun kemungkinan sesetengah pengguna ada yang mengalami proses pemulihan. Seandainya sebelum ini mereka pernah memakai produk yang mengandungi bahan kimia merbahaya seperti merkuri dan produk pemutihan hidrokuinon dalam jangka masa yang panjang, Zarraz akan membantu untuk membuang kesan kimia yang ada di kulit mereka.

Q : "Saya mempunyai kulit sensitif. Nak cuba pakai produk Zarraz tapi takut. Bagaimana untuk saya tahu kulit saya sesuai menggunakan produk ini"
ZARRAZ : Sebaiknya laukan "alergic skin test" dahulu. Dimana anda boleh sapukan sedikit produk ini dibahagian belakang telinga atau di bawah lengan. Andainya serta merta kulit merasa gatal dan merah, bermakna kulit anda tidak dapat menerimanya.

Q : Berapa lama untuk nampak perubahan? Cepat atau lambat?
ZARRAZ : Cara pemakanan, gaya hidup, keturunan, pekerjaan dan kesihatan pengguna diambil kira. Andaikata segalanya di jaga dengan baik, kesan 1 -2 minggu boleh dilihat. Bagi kulit yang bermasalah seperti jerawat, berjeragat, selalunya mengambil masa 3 ke 6 bulan untuk pulih. Digalakkan melakukan rawatan wajah (facial) bagi kesan pemulihan yang lebih cepat.

Q : Produk Zarraz ini bertahan berapa lama? Dan dimana hendak lihat tarikh lupanya?
ZARRAZ : Produk Zarraz ini boleh bertahan selama 3 tahun. Pada belakang botol produk ada ditulis tarikh MFG iaiti tarikh bila ia dihasilkan. Anda kira daripada tarikh MFG itu, 3 tahun daripada tarikh tersebut.

Q: Mengapa produk penjagaan wajah Zarraz tidak dijual secara "set"?
ZARRAZ : Produk Zarraz di jual secara asing kerana kami mengikut kemampuan pelanggan, masalah dan jenis kulit seseorang itu. Setiao masalah kulit tidak sama. Sila rujuk kepada perunding kecantikan untuk pemilihan produk mengikut jenis kulit anda.

Q : Haruskah saya memakai kesemua produk wajah Zarraz?
ZARRAZ : Untuk kesan maksimum, sebaiknya ambil keseluruhannya kerana ia lengkap dengan penjagaan untuk mendapatkan kulit yang sihat. Namun jika tidak, ambillah produk yang asas dan yang paling perlu untuk anda gunakan. Boleh rujuk kepada perunding kecantikan kami.

Q : Saya berminat untuk mendapatkan produk Zarraz tetapi bagaiman untuk dapatkan pada harga rendah?
ZARRAZ : Daftarlah sebagai ejen Zarraz yang sah. KLIK DISINI

Q : Mengapa Zarraz tidak dijual di kedai-kedai jamu atau farmasi?
ZARRAZ : Ini kerana kami menjaga kualiti Zarraz itu sendiri. Jika salah diberi produk, kesan kepada pengguna boleh merosakkan wajah pengguna tersebut contohnya seperti keluar jerawat. Kerana itu setiap ejen kami dilatih untuk memberikan konsultasi kulit sebelum memakainya. Agar setiap pengguna memakai set produk yang betul dan apa yang sesuai dengan mereka sahaja. Kerana Zarraz bukanlah produk asas yang biasa. Ia produk rawatan khas yang digunakan untuk sehari-harian.

Q : Adakah perlu merehatkan kulit dalam beberapa hari sebelum memakai produk penjagaan wajah Zarraz?
ZARRAZ :Tidak perlu. Namun anda boleh memakai dua produk Zarraz iaitu Calming Cleanser Milk dan Sun Protection SPF50 atau SPF50 Acne & Sensitive Skin mengikut jenis kulit anda. Pakai dua produk ini siang dan malam selama 7  hari bagi tujuan meneutralkan kembali kulit anda dari produk sebelumnya yang anda pakai. Dan seterusnya bolehlah memakai set mengikut jenis kulit.

Q : Boleh atau tidak mencampurkan produk penjagaan wajah Zarraz dengan jenama produk yang lain?
ZARRAZ : Andaikata bahan produk itu adalah alamiah (daripada alam semulajadi), ia dibenarkan. Namun jika produk itu mempunyai kesan pengelupasan, ia tidak boleh sama sekali. Yang terbaik gunakan jenama produk yang sama agar dapat merawat wajah dengan lebih berkesan.

Q : Saya mengalami rambut gugur yang teruk. Bagaimana cara pemakaiaan terbaik dengan menggunaka 'Never Give Up Hair Care' Zarraz?
ZARRAZ : Banyakkan pemakaian Hair Serum dan sapu pada rambut yang kurang tumbuh itu. Syampu bolehlah digunakan 1 hari sekali. Manakala Hair Mask pula jangan guna terlalu kerap. Seminggu 2x dahulu sudah memadai. Sekiranya rambut semakin lebat dan kukuh, Hair Mask bolehlah digunakan dengan kerap.