KONSULTASI

Produk yang mana sesuai dengan kulit saya? Setiap orang mempunyai jenis kulit dan masalah yang berbeza. Untuk memilih produk yang sesuai dengan kulit, sila ikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1 : Kenalpasti Jenis Kulit

Kulit Biasa (Normal Skin)
Kulit jenis ini adalah kulit paling elok, dimana pengaliran sebum dan pelih (sweat glant) yang seimbang. Keadaan kulit yang halus, tiada blachead dan masalah lain.

Kulit Kering (Dry Skin)
Kulit kering selalunya nipis dan halus (fine textures) dibahagian eperdemis dan sensitif, terdapat tanda-tanda kedut-kedut halus dibahagian dahi, tepi mulut, tepi mata dan di bahagian leher.

Masalah-masalah biasa yang mungkin dihadapi adalah;
1. Kedut/garis halus
2. Bintik-bintik hitam (freckles)
3. Whitehead (Milia Seed)
4. Hitam disekeliling mata
5. Jeragat (Pigmentasi)
6. Tona kulit tidak sekata
7. Kulit kering dan kusam

TIPS : Cuba tekan pipi anda dengan jari telunjuk dan halakan ke arah hidung secara perlahan dan lembut, jika terdapat garis-garis menunjukkan kulit anda kering dan perlu diberi perhatian. Kulit kering adalah salah satu penyebab jeragat!!!

Kulit Matang 
Kulit matang adalah kulit yang telah kehilangan kadar kelembapan atau kelenjar minyak tidak mampu untuk menghasilkan minyak (sebum). ini disebabkan oleh faktor usia yang telah lanjut (45 tahun ke atas) dan sering terdedah pada panas terik atau penghawa dingin (air-conditioner) di awal usia.

Masalah-masalah biasa yang mungkin dihadapi adalah;
1. Jeragat yang lebih tebal
2. Kulit kendur dan tidak bermaya
3. Garisan dan kedutan muka yang lebih tebal
4. Kulit yang terlalu kering

Kulit Berminyak (Oily Skin)
Kulit jenis ini selalunya keihatan minyak di bahagian tengah muka iaitu dahi, hidung dan kawasan dagu. Keadaan kulit tebal (thick) dan course texture. Kulit jenis ini juga biasanya kelihatan tebal dengan pori-pori terbuka. Ia kemungkinan bermasalah (jerawat-akibat penyumbatan pada pori pori) kerana kelenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit. 

Disamping itu, faktor hormon (remaja), cuaca yang panas dan makanan yang berlemak tinggi juga boleh menyebabkan kulit beminyak. Kebaikan kulit sebegini adalah ia melambatkan proses penuaan.

Masalah-masalah biasa yang mungkin dihadapi adalah;
1. Jerawat
2. Blackhead
3. Pori-pori terbuka
4. Parut
5. Keseluruhan muka berminyak

Kulit Gabungan (Combination Skin)
Kulit jenis ini kebiasaannya dimiliki oleh orang-orang yang tinggal di iklim tropika. Kulit kombinasi terjadi apabila kadar minyak pada wajah tidak tersebar rata. Pada bahagian T-zone wajah kulit kelihatan berminyak manakala di bahagian pipi kelihatan kering.

Masalah-masalah biasa yang mungkin dihadapi adalah;
1. Jeragat (pigmentasi)
2. Whidehead (Milia Seed)
3. Kelenjar minyak tidak sekata (Tzone berminyak, pipi kering)
4. Parut
5. Pori-pori terbuka

Kulit Sensitif (Sensitive Skin)
Kulit jenis ini sangat sensitif terhadap rangsangan faktor luar. Misalnya peubahan cuaca, ia boleh mengakibatkan kapilari pecah, kulit memerah dan pedih. Kesalahan penggunaan produk juga mempengaruhi kulit seperti ini. Perhatikan betul-betul kegiatan harian anda, terutama apa yang anda makan, jenis produk skincare yang anda guna dan keadaan persekitaran tempat anda selalu lepak, kerja dalam aircond, panas terik atau banyak lagi faktor persekitaran lain.

Keadaan sensitif itu terjadi apabila;
1. Guna produk wajah jenama baru
2. Makan sesuatu jenis makanan seperti seafood atau kekacang
3. Terdedah dengan perfume, pewarna rambut atau apa-apa produk bahan kimia
4. Masa mandi dan minum air berklorin
5. Terdedah kepada cahaya matahari 
6. Berada di tempat atau kawasan yang berhabuk atau debu

Masalah-masalah biasa yang mungkin dihadapi adalah;
1. Kulit menjadi merah
2. Kulit menjadi pedih
3. Kulit mengelupas
4. Kulit rasa terbakar
5. Tompom-tompok hitam
6. Niak ruam/jerawat
7. Eczema dan psoarisis

Langkah 2 : Tentukan Produk Mengikut Jenis Kulit

Kulit Kering Jeragat 45 Tahun ke Atas
1. Calming Cleanser Milk
2. Firming Cleanser
3. Refreshing Hydrating Lotion / Rose Water Toner
4. Sun Protection SPF50
5. Stem Cell Serum
6. Stem Cell Sleeping Gel
7. Gold Smoothing Serum

Kulit Kering Jeragat 45 Tahun ke Bawah
1. Calming Cleanser Milk
2. Firming Cleanser
3. Refreshing Hydrating Lotion / Rose Water Toner
4. Sun Protection SPF50
5. I-Moisturizer
6. Stem Cell Sleeping Gel
7. Platinum Smoothing Serum

Kulit Sensitif & Jerawat
Kulit Berminyak & Jerawat
1. Calming Cleanser Milk
2. Calming Cleanser Rose
3. Rose Water Toner
4. Sun Protection SPF50 Acne & Sensitive Skin
5. Essence Sebum Gel
6. Tea Tree Gel
7. Purifying Serum

Kulit Sensitif & Kemerahan
Kulit Eczema atau Psoarisis
Kulit Kesan Dari Penggunaan Produk Pengelupasan dan Merkuri
1. Calming Cleanser Milk
2. Sun Protection SPF50 Acne & Sensitive Skin
3. Rose Water Toner
4. Aloe Vera Gel
5. Q10 Serum
6. Peppermint Mask

Kulit Gabungan Berminyak 
(Luar Kulit Kering, Dalam Kulit Berminyak)
1. Calming Cleanser Milk
2. Calming Cleanser Milk Rose
3. Rose Water Toner
4. Essence Sebum Gel
5. Sun Protection SPF50 Acne & Sensitive Skin
6. Tea Tree Gel
7. Purifying Serum
8. Peppermint Mask

Kulit Gabungan 
(T-zone Berminyak, Tempat Lain Kering/Normal/Bekas Jerawat)
1. Firming Cleanser
2. Refreshing Hydrating Lotion / Rose Water Toner
3. Essence Sebum Gel
4. Sun Protection SPF50 Acne & Sensitive Skin
5. Stem Cell Sleeping Gel
6. Lightening Serum

SILA HUBUNGI PERUNDING KECANTIKAN KAMI UNTUK KHIDMAT NASIHAT PERCUMA DAN PENERANGAN YANG LEBIH TERPERINCI.

Puan Azura : 011-12435761
Cik Reeza : 017-3335737
Cik Mia : 013-5315383