Thursday, 24 November 2016

JANGAN BIARKAN JERAWAT MENGHANTUI DIRI ANDA

JENIS-JENIS JERAWAT

1.  Jerawat Papula - Merupakan jenis jerawat radang kulit, berbentuk benjolan lembut kemerah-merahan.
2. Jerawat Pustula - Bintik merah yang meradang dan muncul sebagai bintil merah dengan pusat putih atau kuning ( bernanah)
3. Blakheads - Biasanya terjadi apabila sebahagian pori kulit tersumbat dengan sebum (minyak), bakteria dan sel-sel kulit mati. Warna hitam itu bukan di sebabkan oleh kotoran dan di sebabkan oleh pigmen kulit-melanin, bertindak balas dengan oksigen di udara.
4. Whiteheads - Biasanya terbentuk ketika pori tersumbat sepenuhnya dan memerangkap sebum (minyak), bakteria, dan sel-sel kulit mati, menyebabkan paparan putih di permukaan kulit anda.
5. Nodule -Terdiri daripada benjolan keras di bawah permukaan kulit. Lebih besar dan sangat menyakitkan, serta kadang-kadang tidak hilang selama berbulan-bulan. Jerawat ini menyumbang kepada parut berlubang dan trauma teruk serta luka pada permukaan kulit. Jika tidak di rawat dengan betul, Nodul ini akan terbentuk semula walaupun selepas kecut. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.



BAGAIMANA JERAWAT TERBENTUK
Secara ringkasnya, apabila kita akil baligh, hormon androgen dalam badan meningkat menyebabkan kelenjar sebum yang mengeluarkan minyak di kulit kita makin aktif.

Minyak yang berlebihan di kulit kita menyebabkan folikel rambut (atau bulu roma) mudah tersumbat menyebabkan sisa sel kulit terkumpul dalam liang folikel dan membentek 'mikrokomedo'.

Mikrokomedo ini kemudian membesar lalu menjadi jerawat yang dapat dilihat dengan mata kasar. Jika komedo tertanam di dalam liang, ia menjadi komedo tertutup dan menghasilkan 'jerawat batu'.

Pembentukan komedo ini akan menyebabkan pertumbuhan kuman, ini akan menyebabkan sel-sel badan yang melawan penyakit (leukosit) berkumpul pada komedo lalu menyebabkan keradangan (inflammation).

Pengumpulan sel ini menyebabkan jerawat jadi merah dan dikenali sebagai papule. Jika bertambah teruk, nanah akan terkumpul dalam komedo lalu hasilkan jerawat berpustul. Jika pustule ini tidak dirawat, jerawat boleh pecah dan menjangkiti bahagian kulit lain. Semasa postule pecah, kesan parut akan tertinggal dan ini akan mencacatkan paras rupa kulit jika jerawat ini tumbuh di muka.




PUNCA MUKA NAIK JERAWAT
Pengaruh Hormon
Bagi seorang remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Hmm sebab tulah kalau kita tengok hari ini lebih ramai dari kalangan remaja perempuan dan awal dewasa yang mengalami masalah jerawat berbanding wanita dewasa. Walaubagaimanapun, kebiasaannya, liang sebaceous yang hasilkan sebum ni akan semakin berkurangan apabila meningkat dewasa. Tapi benda ni bergantung juga, hormon tak stabil pon boleh menjadi punca jerawat juga tau.

Tekanan (Stress)
Percaya atau tidak, lagi anda stress, lagi banyaklah jerawat yang akan keluar. Berterusan dalam stress hanya akan memburukkan lagi simptom jerawat anda. Walaubagaimanapun, dengan rawatan yang betul, jerawat masih boleh dicegah. Stress teruk boleh menyebabkan radang terhadap jerawat. Hal ini kerana adrenalin serta hormon androgen yang ada dalam badan dikeluarkan secara berlebihan apabila kita stress dan menjadi punca lebih banyak jerawat yang akan timbul hewhew. Jangan stress, banyak jerawat jangan dok tengok cermin sangat nanti lagi stress sebab muka tak licin.


Pemakanan
Isu pemakanan jadi punca jerawat sebenarnya masih tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Tapi memandangkan diet pemakanan kita mempunyai kesan langsung terhadap insulin dalam badan kita, maka ia juga boleh mempengaruhi hormon-hormon lain dalam tubuh termasuklah hormon androgen tadi. So, secara tak langsung, adalah juga kaitannya pemakanan kita tadi sebagai penyebab pertumbuhan jerawat. Seeloknya elakkan makanan yang berminyak dan pedas. Makanan pedas jika selalu diambil boleh mengaktifkan keradangan pada jerawat. Seafood juga tidak digalakkan bagi penghidap jerawat ni, sebab seafood mengandungi toksin yang tinggi dan menyebabkan usus kotor jesteru menjadi punca timbulnya jerawat. Selain itu pemakanan yang sihat juga perlu diamalkan bagi menghasilkan kulit yang baik, we are what we eat right ??

Pakaian
Haa. Jangan tak tau. Pakaian anda juga boleh jadi punca anda ditumbuhi jerawat terutamanya pada bahagian belakang badan. Belakang badan kita juga mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum dan minyak. Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai dengan iklim tropika di Malaysia ni. Pakaian yang sesuai ialah yang memudahkan pengudaraan pada kulit anda dan bersih. Bukanlah bermaksud anda perlu mendedahkan aurat yer. Menurut satu kajian, memakai pakaian tertutup yang tidak mendedahkan kulit anda secara langsung semasa keluar boleh mengelakkan masalah seperti kanser kulit dan jangkitan bakteria akibat pencemaran. Itulah salah satu hikmahnya orang Islam disuruh menutup aurat. Selain menjaga maruah dan keaiban diri (Mendedahkan parut dan sebagainya yang tidak elok dilihat). Orang yang malas mandi juga lebih berisiko mendapat jerawat pada bahagian badan. Ye anak-anak?? Yang paling penting jaga kebersihan pakaian, nak muka cantik kena jadi pembersih sikit tau! Jangan muka cantik tapi mak oih baju kepams.

Penggunaan produk kosmetik dan kecantikan
Jika anda selalu menggunakan alat solek dan kosmetik pada wajah, tetapi tidak membersihkannya dengan baik, maka ini boleh menjadi penyebab tumbuhnya jerawat. Pilihlah alat solek yang berasaskan bahan semulajadi untuk kulit lebih sihat. Memilih alat solek yang mengandungi bahan terlarang dan merbahaya hanya akan memburukkan lagi keadaan anda.

Jangkitan bakteria
Terdapat bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium Acnes. Ini adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang mempunyai masalah jerawat biasanya mempunyai lebih banyak bakteria ini pada kulit mereka. Oleh itu, berhati-hati semasa menyentuh jerawat kerana ia boleh memindahkan bakteria ini ke bahagian yang lain pula. Anda juga perlu lebih peka dengan keadaan sekeliling yang akan menjadi punca jerawat, elakkan pakai tudung yang sama berulang kali dan juga basuh cadar dengan kerap. 

KESAN JERAWAT KEPADA KULIT

Walaupun jerawat ini bukanlah satu penyakit yang membahayakan, tetapi ia boleh menyebabkan kesan jangka pendek dan juga jangka panjang.

Kesan jangka pendek akibat jerawat:
1. Bintik merah di muka
2. Rasa malu yang teruk
3. Sakit
4. Kulit jadi kering, kusam dan gatal.
5. Kulit jadi terlalu berminyak.
6. Warna kulit jadi tidak sekata

Kesan jangka panjang jerawat:
Jerawat teruk yang tidak dirawat dengan baik boleh menyebabkan
[+] Parut yang brekekalan
[+] Kulit muka jadi berlekuk dan tidak rata
[+] Bintik hitam dan putih pada muka
[+] Rasa kurang keyakinan diri.
[+] Alami tekanan perasaan.


RAWATAN ZARRAZ PARAMEDICAL UNTUK KULIT JERAWAT

Set trial (pembaikpulihan) Zarraz Paramedical ini adalah untuk kulit :
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
> Berjerawat

Dalam set ini dilengkapi dengan 6 item produk:
1. Calming Cleansing Milk 25ml
2. Calming Clenser Rose 25ml
3. Essence Sebum Gel 10ml
4. SPF50 Acne & Sensitive10ml
5. Tea Tree Gel 20ml
6. Serum Purifying 4ml 1 botol



Cara penggunaan produk:
::::::::::::::::::::::::::::::::::::
*Selama 7 hari , hanya guna 2 item sahaja siang & malam bagi meredakan kulit wajah.

Penjagaan siang
1. Calming Cleansing Milk
2. SPF50 Acne & Sensitive Skin

Penjagaan malam.
***Lakukan cara yang sama 1 dan sapukan TEA TREE GEL.Selang seli dengan Purifying Serum.
================================================

HARI KE 8
Apabila jerawat halus dan kemerahan juga sudah reda, sila ikuti langkah ini pula.

Penjagaan Siang
1. Calming Cleansing Milk + Calming Cleanser Rose
2. Essence Sebum Gel
3. Sun Protection 50 (Acne & Sensitive)

Penjagaan malam.
***Lakukan cara yang sama 1 dan sapukan TEA TREE GEL . Selang seli dengan Purifying Serum.

Image result for tempah sekarang

TESTIMONI


Anda boleh hubungi saya untuk mengetahui produk apa yang sesuai untuk anda. Sila nyatakan terlebih dahulu masalah anda, insyaAllah, saya akan membantu anda. Semua masalah ada penyelesaiannya, yang penting kita haruslah berusaha okJ

SMS/WHATSAPP
011-124 35 761
017-333 5737


Setiap pembelian dari saya akan mendapat konsultasi PERCUMA mengenai  tip-tip dan cara penggunaan yang betul.


Image result for tempah sekarang