Saturday, 26 March 2016

PUNCA DAN KEDUDUKAN JERAWAT YANG PERLU ANDA TAHU SERTA RAWATANNYA

Masalah jerawat memang membimbangkan. Lagi lagi kepada para remaja. Saya sendiri yang penah melalui zaman remaja memang pernah melaluinya. Akan tetapi masalah jerawat seringkali berbeza antara seseorang dengan orang lain. Ada yang mengalami pada awal remaja dan ada pula yang mengalami pada lewat usia. Ianya tidak tetap. Bagi jenis jerawat pula ada yang ringan hingga kepada yang berat seperti jerawat batu. Bagi pengalaman saya pula, jerawat yang pernah dialami oleh saya adalah dari jenis yang ringan dan kemunculannya pula ada jarang jarang. Apabila memasuki usia lewat selepas remaja, rasanya sangat sukar atau jarang sekali jerawat timbul dipermukaan kulit muka saya.



Teringat kisah kawan sewaktu zaman persekolahan tingkatan mahupun di universiti. Kes kes berat seperti jerawat yang besar dan banyak iaitu seperti jerawat batu memang boleh membawa kepada masalah kurangnya keyakinan diri seseorang. Kesian pada rakan yang mengalaminya. Seluruh muka penuh dengan jerawat. Sana sini kemerah-merahan. Nak kata tidak pernah cuci muka tidak pula, kerana beliau sering mencuci muka malah mencuci muka dengan produk pembersihan muka lagi. Nak kata muka berminyak, ramai lagi yang mempunyai muka berminyak tetapi tiada pula jerawat. Jadi apa masalahnya disini????

Saya boleh agak yang sampai ke halaman ini ada dua jenis pengidap jerawat iaitu para remaja ataupun yang sudah dewasa dan melepasi tangga remaja tetapi masih kekal dengan jerawat yang banyak dimuka malah penat dengan pelbagai cara untuk menyembuhkannya. Ok baca dibawah ini.

Muka yang berjerawat sering dikaitkan dengan:
  • Malu untuk berdepan dengan orang ramai
  • Merasa terasing dari pandangan masyarakat
  • Tidak berkeyakinan apabila bercakap dikhalayak ramai
  • Rasa tidak sempurna
  • Sering mendapat alahan
  • Menganggu pandangan anda
  • Sering mengurangkan penampilan


Jadi disini kita sebenarnya kena mengetahui kedudukan dan faktor-faktor yang menyebabkan jerawat itu keluar.

Berikut adalah faktor-faktor yang menyebabkan jerawat keluar. Anda boleh mengatasinya sekiranya anda tahu punca jerawat-jerawat anda.



1. Perubahan hormon
Apabila berlaku perubahan hormon seperti zaman baligh remaja, mengandung, datang  haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormon dalam badan, iaitu hormon androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita. Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period, jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormon ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40 'an. Selain daripada itu, penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku.

2. Tekanan (Stress)
Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah. Tekanan ada dua, sama ada fizikal atau emosi.

Tekanan fizikal:
1. Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup
2. Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
3. Jadual seharian yang sangat ketat
4. Merokok, pengambilan dadah

Tekanan emosi
1. Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
2. Buli
3. Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih
4. Kerja /study yang banyak

3. Pemakanan
Pemakanan yang tidak seimbang seperti kacang, makanan berperisa, seafood (udang,ketam,sotong,kerang), budu, belacan, makanan berminyak/bergoreng, telur, daging, ayam goreng, makanan berlemak seperti santan, produk tenusu seperti susu lembu dan coklat.

4. Toksin
Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya. Jika sistem semulajadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semulajadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain.

5. Faktor Genetik
Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan Arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan Asia. Atas sebab itu ubat antijerawat sangat laku dijual di Asia dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.

6. Alergik atau Alahan
Alergik atau alahan apabila menggunakan kosmetik, foundation, krim muka baru atau pencuci muka baru yang ada bahan-bahan kimia tertentu yang tidak sesuai dengan kulit. Cara pembersihan make-up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat. Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit.

7. Perubahan Biologi Badan
Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti Hyperproliferation of KC. 

8. Persekitaran & Pencemaran
Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar, kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut. Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.

9. Jangkitan Pada Kulit & Resdung
Kuman (bacteria) jenis Propionobacterium Acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit anda dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu dinasihatkan tidak memicit jerawat kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas.

10. Faktor Cuaca
Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar.


KEDUDUKAN JERAWAT DAN KAITAN MASALAH DALAMAN

Sekiranya jerawat berulangkali naik di tempat atau area yang sama, ini menggambarkan area dalaman kita yg tertentu mempunyai masalah, tetapi sekiranya setiap kali ia tumbuh di tempat yg berlainan, itu adalah normal. Tidak semestinya jika kita mempunyai masalah dalaman, jerawat wajib tumbuh di kawasan muka yang tertentu. Ada juga diantara kita ada masalah dalaman tapi kulit muka tiada masalah tapi lebih baik jika kita tahu apa yang ada di luaran dan dalaman supaya kita dapat mengambil berat masalah dalaman tersebut.

DAHI

Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih atau stress. Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

HIDUNG

Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sistem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi

DAGU

Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI

Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN

Fungsi paru-paru mungkin tidak normal


Sekiranya anda tahu punca jerawat anda, ubatilah punca tersebut supaya jerawat tidak berulang lagi. Hanya faktor perubahan hormon seperti period sahaja anda tidak dapat elakkan dari jerawat keluar tetapi cepat-cepatlah tempek dengan Krim Jerawat supaya jerawat tersebut lebih cepat kecut dan membantu menghilangkan parut.


RAWATAN JERAWAT MENGGUNAKAN KAEDAH PRODUK PERAWATAN

Masalah Jerawat ini boleh diatasi dengan menggunakan Produk Zarraz Paramedical. Produk Zarraz Paramedical merupakan produk Natural Based dan berasaskan Perubatan yang diformulasi dari 3 unsur (Ayurveda, Homeopathy dan Reverse Anti Aging)


Berikut adalah produk yang perlu digunakan untuk merawat masalah jerawat:-

1. CALMING CLEANSER MILK – 120ml


Sejenis pembersih semulajadi dengan gred tertinggi berasaskan akar manis dan ekstrak Ginkgo Biloba. Membantu membersihkan wajah dari debu dan kekotoran tanpa memberi  kesan kepada tahap kelembutan kulit. Boleh digunakan untuk membersih make-up. Sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit yang sensitif dan yang mengalami masalah eczema dan psoarisis.

2. CALMING CLEANSER ROSE – 120ml


Pembersih muka yang dicipta khas untuk meredakan kulit yang nipis dan bermasalah. Dengan kombinasi pati bunga Rose, Geranium dan Bunga Chamomile akan memperkuatkan dan membina semula lapisan kulit yang nipis. Melancarkan peredaran darah agar kulit menjadi sihat. Pemberish muka tanpa buih dan bebas Sodium Laureth Sulfate.

3. REFRESHING HYDRATING LOTION – 120ml


Merupakan losyen unik yang kompleks, ia adalah pati air yang mengandungi 10 jenis ekstrak tumbuhan yang memberi kesegaran dan keredaan kepada kulit yang sedang radang. Menutup liang roma, mencegah kedutan dan mengawal pH kulit agar struktur kulit sihat.

4. ESSENCE SEBUM GEL – 30ml


Gel yang sesuai untuk semua jenis kulit yang dapat mengurangkan bintik hitam dan jerawat pada bahagian kulit yang terjejas tanpa kesan yang menyakitkan. Penggunaan gel harian ini juga mengurangkan rembesan minyak, menutup liang roma, memberi perubahan jelas juga menghasilkan kulit yang licin serta memberikan hasil yang ketara dalam tempoh 10 hari pemakaian.

5. SPF50 ACNE & SENSITIVE SKIN – 30ml


Di samping dapat memberi perlindungan 500 minit daripada cahaya matahari, SPF50 Ance & Sensitive Skin juga dapat membantu menstabilkan minyak muka. Lalu dapat mengecutkan jerawat, menghilangkan parut dan ianya mudah resap dan tidak membuatkan kulit terasa berminyak apabila memakainya. Dapat memulihkan kulit kemerahan bagi kulit sensitif dan penyakit kulit. 




Nak tengok TESTIMONI Pengguna Zarraz Paramedical, anda boleh klik di SINI>>>

Anda boleh hubungi saya untuk mengetahui produk apa yang sesuai untuk anda. Sila nyatakan terlebih dahulu masalah anda, insyaAllah, saya akan membantu anda. Semua masalah ada penyelesaiannya, yang penting kita haruslah berusaha okJ

SMS/WHATSAPP
011-124 35 761
017-333 5737


Setiap pembelian dari saya akan mendapat konsultasi PERCUMA mengenai  tip-tip dan cara penggunaan yang betul.