Saturday, 26 March 2016

PUNCA DAN KEDUDUKAN JERAWAT YANG PERLU ANDA TAHU SERTA RAWATANNYA

Masalah jerawat memang membimbangkan. Lagi lagi kepada para remaja. Saya sendiri yang penah melalui zaman remaja memang pernah melaluinya. Akan tetapi masalah jerawat seringkali berbeza antara seseorang dengan orang lain. Ada yang mengalami pada awal remaja dan ada pula yang mengalami pada lewat usia. Ianya tidak tetap. Bagi jenis jerawat pula ada yang ringan hingga kepada yang berat seperti jerawat batu. Bagi pengalaman saya pula, jerawat yang pernah dialami oleh saya adalah dari jenis yang ringan dan kemunculannya pula ada jarang jarang. Apabila memasuki usia lewat selepas remaja, rasanya sangat sukar atau jarang sekali jerawat timbul dipermukaan kulit muka saya.