Thursday, 24 November 2016

JANGAN BIARKAN JERAWAT MENGHANTUI DIRI ANDA

JENIS-JENIS JERAWAT

1.  Jerawat Papula - Merupakan jenis jerawat radang kulit, berbentuk benjolan lembut kemerah-merahan.
2. Jerawat Pustula - Bintik merah yang meradang dan muncul sebagai bintil merah dengan pusat putih atau kuning ( bernanah)
3. Blakheads - Biasanya terjadi apabila sebahagian pori kulit tersumbat dengan sebum (minyak), bakteria dan sel-sel kulit mati. Warna hitam itu bukan di sebabkan oleh kotoran dan di sebabkan oleh pigmen kulit-melanin, bertindak balas dengan oksigen di udara.
4. Whiteheads - Biasanya terbentuk ketika pori tersumbat sepenuhnya dan memerangkap sebum (minyak), bakteria, dan sel-sel kulit mati, menyebabkan paparan putih di permukaan kulit anda.
5. Nodule -Terdiri daripada benjolan keras di bawah permukaan kulit. Lebih besar dan sangat menyakitkan, serta kadang-kadang tidak hilang selama berbulan-bulan. Jerawat ini menyumbang kepada parut berlubang dan trauma teruk serta luka pada permukaan kulit. Jika tidak di rawat dengan betul, Nodul ini akan terbentuk semula walaupun selepas kecut. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.

Saturday, 26 March 2016

PUNCA DAN KEDUDUKAN JERAWAT YANG PERLU ANDA TAHU SERTA RAWATANNYA

Masalah jerawat memang membimbangkan. Lagi lagi kepada para remaja. Saya sendiri yang penah melalui zaman remaja memang pernah melaluinya. Akan tetapi masalah jerawat seringkali berbeza antara seseorang dengan orang lain. Ada yang mengalami pada awal remaja dan ada pula yang mengalami pada lewat usia. Ianya tidak tetap. Bagi jenis jerawat pula ada yang ringan hingga kepada yang berat seperti jerawat batu. Bagi pengalaman saya pula, jerawat yang pernah dialami oleh saya adalah dari jenis yang ringan dan kemunculannya pula ada jarang jarang. Apabila memasuki usia lewat selepas remaja, rasanya sangat sukar atau jarang sekali jerawat timbul dipermukaan kulit muka saya.