Wednesday, 15 January 2014

MEMERANGI TANDA PENUAAN




Apabila melihat wajah di cermin dan mendapati terdapat garis-garis halus di bawah mata sesiapa juga pasti akan gusar memikirkan kulit yang semakin berkedut dan tua dimamah usia. Realitinya setiap wanita takut berhadapan dengan penuaan walaupun ia sebenarnya adalah proses semula jadi yang berlaku pada setiap manusia.





Jujurnya bagi wanita yang sudah berusia atau sudah memasuki usia senja masih menginginkan penampilan awet muda. 

Justeru mereka mencari pelbagai cara untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan disebabkan pancaran sinaran matahari, tekanan, pencemaran selain kesan merokok, minum minuman keras atau pola makan buruk yang turut menyumbang kepada penuaan kulit.
Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat, tanda penuaan boleh dikesan pada kulit yang mengalami tompok hitam.
Ini terjadi pada mereka yang sering berada di bawah matahari dalam tempoh yang lama.
Biasanya kesan ini muncul pada lengan, punggung, dahi, tangan dan bahu iaitu daerah yang mudah terkena matahari.

Selain menimbulkan tompok hitam tanda penuaan boleh dikesan pada kelainan rona pigmen, terutama pada kulit wajah.
Kulit menjadi kering dan kasar seterusnya menyebabkan kolagen dan elastin kulit rosak.
Kolagen berfungsi memberikan kekuatan dan keanjalan kulit menjadikan kulit tegang dan kencang.